
Pemain tengah Hoffenheim, Baumgartner menyempurnakan sepakan sudut David Alaba pada minit ke-21 di Bucharest pada ketika Austria memintas Ukraine di tempat kedua Kumpulan C di belakang Belanda.
Austria akan menentang Itali di Wembley pada 26 Jun selepas melepasi peringkat kumpulan dalam kejohanan utama buat kali pertama sejak Piala Dunia 1982.
Ukraine, yang tersingkir di peringkat kumpulan dalam dua Kejuaraan Eropah sebelum ini, terpaksa menunggu sama ada mampu layak sebagai satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.
Andriy Shevchenko menafikan anak buahnya bermain untuk seri pada ketika mereka hanya perlu seri untuk layak sebagai naib juara kumpulan dengan mengakhiri enam kekalahan berturut-turut dalam kejohanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Macedonia Utara.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Georginio Wijnaldum meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 Belanda yang sudah layak mengatasi Macedonia Utara di Amsterdam.
Mereka sudah memastikan tempat ke peringkat 16 terakhir selaku juara kumpulan selepas menewaskan Ukraine dan Austria di depan penyokong sendiri di laman Ajax dan juara Eropah 1988 itu akan ke pusingan kalah mati di Budapest minggu depan.
Sementara itu Macedonia Utara sudah tersingkir selepas tewas dua perlawanan pembukaan kejohanan sulung mereka.
Mereka meninggalkan kejohanan tanpa sebarang mata namun tidak akan melupakan kempen kali ini yang menjadi yang terakhir buat penyerang veteran berusia 37 tahun, Goran Pandev dalam karier antarabangsa selama dua dekad.