Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 705,762 kes.
Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 1,566 kes dan diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 635 kes, Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68) dan Terengganu (37).
Putrajaya dan Perlis mencatatkan angka satu digit, masing 7 dan 4 kes.
Daripada jumlah kes baharu itu, dua kes import dan baki 4,741 adalah penularan tempatan.
Katanya, terdapat 62,027 kes aktif, dengan 445 daripada 875 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula mencatatkan 5,557 dengan jumlah kumulatif sebanyak 639,181 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,554.
Selain itu, Hisham berkata 77 kes kematian melibatkan 32 kes di Selangor, 12 kes di Negeri Sembilan, lapan kes di Johor, tujuh kes di Sarawak, lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat kes di Melaka.
Beliau berkata tiga kes masing-masing di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta satu kes masing-masing di Pahang, Perlis, dan Terengganu.
“Kes kematian itu membabitkan 70 warganegara dan tujuh bukan warganegara. Korban termuda berusia 25 tahun manakala paling tua berusia 91 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok,” katanya.