Sepanyol diikat Poland, Jerman tewaskan Portugal 4-2

Sepanyol diikat Poland, Jerman tewaskan Portugal 4-2

Sepanyol terpaksa akur dengan kemenangan seri 1-1 menentang Poland dalam saingan Kumpulan E, Euro 2020 di Stadium La Cartuja.

Pemain Jerman, Robin Gosens (kanan) bersaing dengan pemain Portugal, Nelson Semedo. (Gambar AP)
SEVILLA:
Dua perlawanan awal pagi tadi tertumpu kepada aksi Kumpulan E dan F, masing-masing menyaksikan Sepanyol menentang Poland serta Portugal bertembung dengan Jerman.

Awal pagi tadi menerusi perlawanan Kumpulan E, Sepanyol terpaksa akur dengan kemenangan seri 1-1 menentang Poland.

Skuad kendalian Luis Enrique itu dilihat banyak mensia-siakan peluang meskipun beberapa kali menggugat pintul gol Poland pada babak pertama perlawanan.

Tirai jaringan dibuka penyerang Juventus, Alvaro Morata pada minit ke-25 manakala maruah Poland diselamatkan penyerang cemerlang Robert Lewandowski selepas meledak jaringan penyamaan pada minit ke-54.

Sementara itu, di Allianz Arena, skuad juara Eropah, Portugal juga terpaksa akur dengan keputusan 2-4 selepas ditundukkan Jerman.

Keputusan itu sekaligus menyalakan harapan buat Jerman untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Kelebihan berpihak kepada pasukan Joachim Loew itu selepas gol sendiri daripada Ruben Dias dan Raphael Guerreiro. Kedudukan 4-1 dilengkapi dengan jaringan gol oleh Kai Havertz dan Robin Gosens pada babak kedua yang menyaksikan Portugal pulang dengan dua jaringan oleh penyerang, Cristiano Ronaldo.

Dalam perlawanan terakhir, Portugal bakal berdepan Perancis, manakala Jerman pula akan menentang Hungary.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.