
Tertuduh berusia 56 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia 10 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Terengganu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 malam antara 1 Sept 2017 hingga 1 Nov 2017, menurut laporan Harian Metro.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan berkenaan, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu turut berdepan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun dan dua sebatan, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Mahkamah menetapkan 25 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri ke balai polis berhampiran selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi.