Kongres Nasional PKR 2021, 2022 diadakan serentak tahun depan

Kongres Nasional PKR 2021, 2022 diadakan serentak tahun depan

Hal ini diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail, ketika berucap pada Kongres Nasional PKR 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Dalam ucapannya pada Kongres Nasional PKR yang diadakan secara maya hari ini, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa jawatan tertinggi parti yang kosong ketika ini tidak diisi sehingga pemilihan parti akan datang.
PETALING JAYA:
Kongres Nasional PKR 2021 dan 2022 akan diadakan serentak tahun depan, kata Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat kepimpinan pusat pada 1 Mei juga memutuskan beberapa jawatan tertinggi parti yang kosong ketika ini tidak diisi sehingga pemilihan parti akan datang, yang akan ditetapkan pada satu tarikh.

“Perjalanan parti di pusat akan kekal seperti sekarang tanpa kita isi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional PKR 2020 secara maya hari ini.

Mesyuarat agung tahunan cabang tahun ini juga, katanya, akan berlangsung pada tahun depan, namun laporan tahunan cabang mesti diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tahun ini.

Pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, katanya.

Saifuddin turut mengumumkan tiga tokoh sebagai penerima Anugerah Bill Kayong.

Mereka adalah Allahyarham Wan Khazim Wan Din (Ketua Penerangan Padang Besar dan Ketua Penerangan Perlis 2018); Allahyarham Abdul Halim Mohamad Dawam (Ketua Cabang PKR Pasir Gudang penggal ke-2) dan mendiang Lee Kim Sin (bekas ADUN Kajang 2008-2013).

Kongres Nasional PKR ke-15 membuka tirai hari ini, dilangsungkan secara maya sepenuhnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ini kali pertama ia diadakan secara dalam talian sejak penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.