
Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Azhari Nusi, berkata lelaki berusia 21 tahun itu menunjukkan lokasi pil kuda berkenaan yang disembunyikan selepas polis menyerbu rumahnya kira-kira 10 malam, susulan maklumat awam.
“Semua pil itu dianggarkan bernilai RM2,810 berdasarkan harga RM10 untuk sebiji pil, dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,252 daripadanya yang dipercayai hasil aktiviti penjualan dadah,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, lelaki itu bersama barangan rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.