3 PPV, 4 PPV bergerak akan beroperasi di Sibu minggu depan

3 PPV, 4 PPV bergerak akan beroperasi di Sibu minggu depan

Tiga PPV itu adalah di Dewan Suarah, University College Technology Sarawak (UCTS) dan Dewan Lakis.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata penambahan PPV itu bagi memudahkan penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19.
SIBU:
Tiga lagi pusat pemberian vaksin (PPV) dan empat PPV bergerak akan beroperasi di kawasan-kawasan rumah panjang minggu depan bagi memudahkan penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata tiga PPV itu adalah di Dewan Suarah, University College Technology Sarawak (UCTS) dan Dewan Lakis.

Beliau yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak seterusnya membidas perbuatan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi pemikiran orang ramai supaya tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Ada orang kata di Sibu ramai yang telah diberi vaksin tetapi kes makin naik, betul (berkesan) ke tidak vaksin ini. Kenyataan seperti ini tidak baik. Sekarang kita semua perlu berusaha gigih untuk beri semangat kepada orang ramai untuk menerima vaksin,” katanya dalam siaran langsung menerusi media sosial miliknya malam tadi.

Katanya beliau turut difahamkan bahawa terdapat lebih 150 guru di Sibu yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, dan ketika dihubungi Bernama hari ini, Annuar berkata beliau akan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.