
Harapan tertumpu kepada pemain pertahanan, John Stones apabila menanduk masuk tiang pada minit ke-12, sementara pemain Scotland, Stephen O’Donnell gagal menyudahkan gerakan selepas tendangan voli oleh Jordan Pickford menafikannya.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu berjaya mengumpul empat mata dan bakal mara ke pusingan seterusnya sekiranya perlawanan Selasa ini membuahkan hasil dalam aksi terakhir menentang Republik Czech.
Sementara itu, pada perlawanan sebelumnya, Republik Czech mendahului satu jaringan menentang Crotia di Glasgow.
Namun, sepakan Ivan Perisic pada minit ke-47 meledak gol penyamaan pasukannya, menyaksikan saingan Kumpulan D itu berakhir dengan keputusan seri.