Dugaan perjuangan Ebit Lew, tabur bakti di luar negara, bapa tenat di tanah air

Dugaan perjuangan Ebit Lew, tabur bakti di luar negara, bapa tenat di tanah air

Melalui perkongsian di Facebooknya, Ebit memberitahu bapanya kini berada di hospital kerana sakit dan sedang dijaga oleh abangnya.

Bapa pendakwah bebas, Ebit Lew kini sedang menerima rawatan di hospital dan dijaga abangnya. (Gambar Facebook Ebit Lew)
PETALING JAYA:
Pendakwah bebas, Ebit Lew yang kini dalam misi bantuan kemanusian di Gaza, Palestin, berkongsi kesedihan apabila diuji tidak dapat berada di samping bapanya yang kini sakit tenat.

Dalam perkongsian di Facebooknya, Ebit memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Pohon doakan ya. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital dijaga oleh abang saya.

“Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku.

“Bila ‘call’ ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah..,” katanya dalam catatan ringkas hari ini.

Ebit berkata, beliau akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat dan turut meminta rakyat mendoakannya.

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” katanya.

Hantaran perkongsian di Facebook Ebit itu menerima 25,000 komen dan 3,100 perkongsian yang rata-ratanya mendoakan keselamatan belia dan kesihatan bapanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.