EURO 2020: Sweden benam Slovakia 1-0

EURO 2020: Sweden benam Slovakia 1-0

Sepakan penalti minit ke-77 oleh Emil Forsberg memberi kemenangan menewaskan Slovakia.

Pemain tengah Sweden, Emil Forsberg (kanan) meraikan jaringan penaltinya ketika berdepan Slovakia di Stadium Saint Petersburg. (Gambar AP)
SAINT PETERSBURG:
Sweden mara ke kedudukan teratas Kumpulan E Euro 2020 sebentar tadi selepas menang 1-0 menewaskan Slovakia.

Kemenangan itu sekali gus menafikan pesaingnya itu untuk menempah tempat ke kelompok 16 terakhir.

Mimpi ngeri Slovakia disaksikan pada minit ke-77 menerusi penalti dijaringkan Emil Forsberg sekali gus memberi kemenangan buat Sweden.

Mereka mendahului pasukan tangga kedua, Slovakia dengan satu mata dan berbaki satu perlawanan.

Pasukan itu juga semakin hampir menempah tiket ke peringkat kalah mati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.