Ingkar SOP main badminton, 32 dikompaun

Ingkar SOP main badminton, 32 dikompaun

Pemilik premis dikenakan kompaun RM2,000 manakala mereka yang bermain badminton masing-masing dikenakan RM1,500 seorang kerana bermain badminton semasa tempoh PKP dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Rupiah Abd Wahid, berkata semua yang dikompaun terdiri daripada pemilik pusat sukan dan pemain badminton berusia 18 hingga 44 tahun. (Gambar PDRM)
JOHOR BAHRU:
Gara-gara berkumpul dan bermain badminton di sebuah gelanggang badminton di Skudai, dua hari lalu, 32 individu dikompaun kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Rupiah Abd Wahid, berkata semua yang dikompaun terdiri daripada pemilik pusat sukan dan pemain badminton berusia 18 hingga 44 tahun.

Beliau berkata, serbuan di premis terletak di Batu 6, Jalan Skudai kira-kira 5.30 petang itu hasil maklumat orang awam.

“Pemilik premis dikenakan kompaun RM2,000 manakala mereka yang bermain badminton masing-masing dikenakan RM1,500 seorang kerana bermain badminton semasa tempoh PKP dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Kesalahan dilakukan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan)(No.4)(Pindaan)(No.16) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua individu terbabit dibebaskan tanpa syarat sebaik kompaun dikeluarkan dan mereka dikehendaki menjelaskan bayaran di pejabat kesihatan daerah Johor Bahru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.