
Sebelum ini, laluan Rusia tampak goyah apabila tewas 0-3 pada perlawanan pertama kumpulan B, Ahad lalu kepada pasukan ranking nombor satu dunia, Belgium.
Joel Pohjanpalo pada awalnya berjaya membawa Finland mendahului permainan pada minit kelima namun jaringannya dibatalkan kerana offside.
Pada awal saingan itu, Finland dilihat pasukan lebih baik berbanding Rusia apabila menguasai sebahagian besar permainan selain banyak menguji kecekapan penjaga gol lawan, Matvei Safonov.
Bersambung babak kedua, Rusia terus memperkemaskan jentera serangan dan melakukan asakan bertali arus ke pintu gol Finland, namun rembatan Rifat Zhemaletdinov sedikit tersasar.
Penyerang berbisa Finland, Teemu Pukki dilihat cuba mengulangi magis terbaiknya selaku mesin gol, namun beberapa percubaannya ke gawang gol Rusia untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila dikeluarkan pada minit ke-75.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun terus melancarkan serangan pada lima minit masa tambahan yang diberikan, namun kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan