
Beliau mengumumkan perkara itu pada sesi webinar anjuran Wisdom Foundation bertajuk “Khazanah Muzik Sabah Sarawak: Balik ke pangkuan” yang diadakan, semalam.
Webminar itu dipengerusikan oleh Pengerusi Ekesutif Wisdom Foundation Wilfred Madius Tangau dengan disertai 100 peserta selain mendapat tontonan sehingga 3,000 orang di Facebook.
Nanta juga bersetuju mempertimbangkan permohonan lesen Persatuan Komposer & Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE) sebagai CMO di Sabah, dan Persatuan Armada Anak Seni Sarawak (ARAS) untuk CMO di Sarawak.
Katanya, ia bagi mengutip royalti muzik, gubahan dan lagu-lagu etnik tempatan di kedua-dua negeri di Malaysia Timur itu.
Kelulusan itu diumumkan Pengerusi Perbadanan Harta Intelektual Malaysia, Mohamad Alamin selepas mendapat persetujuan Nanta.
Terdahulu, webinar berkenaan dimulakan dengan pembentangan oleh Pengerusi ARAS, Gibson Rentap dan Pengerusi SCORE, Asmin Mudin.
Ini disusuli pembentangan perspektif perundangan seorang Peguam Harta Intelektual yang juga Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLA), Roger Chin.
Sementara itu, Madius menyambut baik keputusan yang dicapai dalam webinar berkenaan.
“Pelantikan CMO untuk Sabah dan Sarawak bagi memacu industri muzik etnik tempatan adalah di antara desentralisasi yang berimpak tinggi untuk kedua-dua wilayah (Sabah dan Sarawak) dan untuk Malaysia secara keseluruhannya.
“Sebenarnya, ini adalah siri kedua webinar atas tajuk yang sama, dan kita sangat berterima kasih siri ia telah membuahkan hasil.
“Mudah-mudahan apa yang dirancangkan oleh YB menteri menjadi kenyataan sebelum akhir tahun ini,” katanya.