Tertekan tiada kerja, hidup sebatang kara, lelaki cuba terjun tingkat 11 PPR

Tertekan tiada kerja, hidup sebatang kara, lelaki cuba terjun tingkat 11 PPR

Lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun diselamatkan orang awam selepas melihat individu terbabit keluar dari tingkap rumah berkenaan.

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki cuba terjun dari PPR Taman Beringin, Jinjang.
PETALING JAYA:
Tertekan kerana tiada pekerjaan dan hidup bersendirian, seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, hari ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun itu diselamatkan orang awam selepas melihat individu terbabit keluar dari tingkap rumah berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11 pagi.

“Susulan itu, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan diselamatkan orang awam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Eng Lai berkata, berdasarkan siasatan pemuda itu berasal dari Ipoh, Perak dan tinggal di rumah rakannya.

“Dia cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebatang kara.

Katanya, lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.