
Beliau berkata, negara akan beralih ke Fasa IV apabila berjaya mencapai purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes; Sistem kesihatan awam berada di paras selamat; dan 60% penduduk lengkap dos suntikan vaksin.
“Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober,” katanya ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara hari ini.
Muhyiddin berkata, strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi empat fasa, melibatkan pelan peralihan fasa perintah kawalan pergerakan secara berperingkat.
Mengikut pelan ini, negara sekarang dalam Fasa I.
Beliau berkata, dalam fasa terakhir itu “kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian”.
“Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat,” katanya.
Muhyiddin berkata, Fasa IV dapat dilaksanakan apabila program vaksinasi mencapai tahap imuniti kelompok selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.