
Skuad kendalian Luis Enrique itu membuka kempen Kejuaraan Eropah kali ini dengan kekecewaan biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan yang menyaksikan Sweden hanya mampu bertahan.
Alvaro Morata menafikan pembukaan terbaik Sepanyol pada awal babak pertama perlawanan Kumpulan E Euro 2020 di Stadium La Cartuja itu apabila penyerang Juventus itu terlepas sasaran selepas tergelincir selepas membolosi pertahanan lawan.
Ia selepas Marcus Danielson gagal mengeluarkan bola dengan baik.
Alexander Isak turut cuba mencipta peluang terbaik buat Sweden dengan menyudahkan gerakan, namun ia diselamatkan Unai Simon.
Persiapan untuk kejohanan kali ini bagi kedua-dua pasukan itu terganggu dengan dua kes positif Covid-19 dikesan. Sepanyol paling teruk terjejas selepas kapten Sergio Busquets tidak dapat beraksi di perlawanan, dan pasukannya perlu berlatih sendiri selama lima hari.