
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, perkhidmatan itu akan membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh sistem perubatan negara pada masa ini.
“Ramai pesakit yang menderita sakit kronik seperti sakit belakang, sakit leher, sakit kepala, tulang rawan tergelincir, skoliosis dan sangat bergantung kepada rawatan kiropraktik.
“Ramai pesakit yang sedang menjalani rawatan dan tiba-tiba dimaklumkan bahawa perkhidmatan ini tidak lagi dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dan tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan.
Hannah berkata, PKP penuh selama empat minggu tanpa rawatan perubatan komplementari seperti kebiasaan akan memberi kesan yang bertambah buruk kepada pesakit.
Katanya, penyedia perkhidmatan perubatan komplementari dianggap sebagai petugas barisan hadapan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan nerupakan sebahagian daripada pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Terdapat pesakit berkeperluan khas yang juga memerlukan terapi khas, termasuk kanak-kanak autisme. Kita telah menangani perkara ini semasa PKP yang lalu.
“Jadi mengapa mereka tiba-tiba tidak dibenarkan beroperasi semasa ‘total lockdown’ kali ini. Sedangkan mereka boleh beroperasi semasa PKP dahulu,” katanya.
Hannah berkata, SOP kerajaan perlu konsisten.
“Sepatutnya kekeliruan seperti ini tidak lagi timbul, sikap tidak konsisten seperti ini hanya akan membebankan pesakit dan pihak industri,” katanya.