
Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah di Mahkamah Bandar Baru Bangi, hari ini
Peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-duanya ketika ditemui berkata, anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, menurut laporan Utusan Malaysia.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, mengesahkan pemilik akaun Instagram (IG) “safieyillias94” dan “pipinatasha” ditahan di sekitar Kajang, petang semalam.
Zaid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pensyarah di sebuah universiti awam yang melihat pautan IG secara langsung atas penama dengan kedua-dua mereka yang berpakaian secara menjolok mata.
Selain itu beliau berkata, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan rokok elektronik (vape) kepada kanak-kanak terbabit.