Presiden PBS selesai menghadap Agong

Presiden PBS selesai menghadap Agong

Maximus Ongkili menjadi pemimpin parti politik ke-11 mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire hitam yang membawa Maximus Ongkili dilihat beredar pada 3.24 petang selepas memasuki Istana Negara kira-kira 2.16 petang.
KUALA LUMPUR:
Presiden PBS Maximus Ongkili selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selama kira-kira sejam di Istana Negara hari ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire hitam yang membawa Ongkili dilihat beredar pada 3.24 petang selepas memasuki Istana Negara kira-kira 2.16 petang.

mMedia melaporkan Ongkili menjadi pemimpin parti politik ke-11 menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) membincangkan pelbagai isu, termasuk masalah rakyat dan penularan Covid-19 di Sabah.

Terdahulu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, S A Vigneswaran turut menghadap Sultan Abdullah pagi tadi.

Sebelum ini beberapa pemimpin utama parti, termasuk Bersatu, PKR, DAP, Amanah, MCA, Pejuang, PAS dan Warisan berkongsi pandangan mereka dengan Agong.

Sesi menghadap itu dipercayai diadakan menjelang Perbincangan Khas Majlis Raja-raja Melayu pada 16 Jun untuk membincangkan keadaan darurat dan usaha memerangi wabak Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.