Usah bimbang, teroka pilihan anda, BAC beritahu lepasan SPM

Usah bimbang, teroka pilihan anda, BAC beritahu lepasan SPM

BAC akan menganjurkan pameran pendidikan maya pada 19 dan 20 Jun ini untuk pelajar meneroka pilihan mereka dari rumah.

PETALING JAYA:
Ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang menerima keputusan yang ditunggu-tunggu hari ini perlu menentukan kursus yang hendak diambil di institusi pengajian tinggi.

Tidak kira apa keputusan mereka dalam peperiksaan itu, Brickfields Asia College (BAC) Education Group berkata, tetap ada pilihan untuk semua pelajar.

“Jika keputusan anda baik, itu bagus tetapi jika tidak, terokalah pilihan anda,” kata pengarah urusan BAC Raja Singham.

“Sama ada anda mendapat 10A atau hanya beberapa kredit, dapatkan nasihat dan lihat apa yang anda mahu lakukan atau ke mana anda mahu pergi seterusnya. Ia akan menjimatkan banyak masa dan wang.”

Pengarah Urusan BAC, Raja Singham.

Raja berkata, penangguhan tiga bulan keputusan SPM tahun ini “tidak perlu dibimbangkan” kerana banyak universiti dan kolej mempunyai sesi pengambilan pertengahan tahun.

BAC akan menganjurkan pameran pendidikan maya pada hujung minggu depan untuk pelajar meneroka pilihan mereka dari rumah.

Selain khidmat nasihatn dalam talian, pameran itu turut memuatkan satu siri webinar dan sesi ceramah mengenai pelbagai kursus, daripada psikologi dan undang-undang hingga perniagaan serta hospitaliti.

Raja berkata, laman Penasihat kerjaya BAC sentiasa bersedia membantu pelajar dengan kaunselor disediakan melalui aplikasi WhatsApp, Zoom dan panggilan telefon.

Tiada kampus fizikal untuk pengambilan tahun ini tetapi katanya, BAC sedang membangun semula seluruh proses pendidikan dengan sebuah kampus hibrid.

“Sudah tentu pengalaman di kampus berbeza sedikit tetapi kami berusaha memastikan gangguan dikurangkan sebaik mungkin,” katanya sambil menambah pelajar masih mempunyai akses kepada sumber perpustakaan digital dan rakaman kuliah.

Dengan lebih 200,000 orang yang belajar menerusi kumpulan pendidikan dalam talian pada tahun lalu, usaha digital BAC diiktiraf dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia tahun ini melalui kategori Perkhidmatan Dalam Talian – Pendidikan.

Raja berkata, kumpulan itu komited terhadap akses pendidikan adil, dari segi geografi dan kewangan.

Satu daripada projek terbesar BAC tahun ini katanya, ialah menyediakan komputer riba dan tablet kepada pelajar untuk memastikan “tiada kanak-kanak yang ketinggalan”.

Beliau berkata, pelajar yang menghadapi masalah kewangan boleh memohon biasiswa bernilai RM2.2 juta di bawah programnya bersama Free Malaysia Today atau Tabung Pendidikan Pandemik Veritas, yang membolehkan pelajar menamatkan kursus Foundation in Arts dengan kos RM5,000.

Mereka yang berminat menyertai Pameran Pendidikan Maya pada 19 dan 20 Jun ini boleh mendaftar di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.