Semua produk boleh dijual ketika ‘lockdown’, kata MKN

Semua produk boleh dijual ketika ‘lockdown’, kata MKN

Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob juga dijangka menjelaskan isu ini dalam sidang medianya.

Menurut MKN, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan menjual apa saja barangan. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Semua produk dijual di kedai runcit dan serbaneka boleh dijual sepanjang perintah sekatan penuh, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pengarah MKN Mohd Rabin Basir memberitahu Sin Chew Daily, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob juga akan menjelaskan isu itu hari ini.

“Kami membenarkan kedai runcit dan serbaneka menjual apa saja barangan, itu bukan satu masalah,” katanya.

Rabin berkata, kedai yang didenda kerana gagal mengasingkan kawasan menjual barangan bukan keperluan akan disemak berdasarkan mengikut kes.

Pengguna media sosial sebelum ini mempertikai kenapa kedai tidak dibenarkan menjual barangan seperti peralatan mencuci selain makanan dan minuman.

Rangkaian farmasi Caring Pharmacy turut dilaporkan menghentikan sementara penjualan pewarna rambut, gel rambut dan masker bagi mematuhi peraturan perintah sekatan penuh, walaupun produk seumpama itu masih dijual di farmasi lain.

Menurut Malaysiakini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan itu bagi menghalang kesesakan.

Bagaimanapun, katanya, kementeriannya akur dengan keputusan MKN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.