Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia

Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

Sebanyak 171,292,827 kes Covid-19, termasuk 3,687,589 kematian dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.
KUALA LUMPUR:
Berikut adalah maklumat terkini mengenai wabak Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia pada 12 tengah hari, 4 Jun.

Di seluruh dunia, terdapat 171,292,827 kes Covid-19, termasuk 3,687,589 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.

Sebanyak 1,581,509,628 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia sehingga 1 Jun.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi, termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu. India turut menyaksikan penurunan jumlah kes baharu harian.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN, termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

Setakat 2.30 petang hari ini, Malaysia merekodkan 7,748 kes harian baharu, menjadikan jumlah jangkitan melepasi 600,000, iaitu sebanyak 603,122 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.