
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 7 malam itu, suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa kerap menukar giliran kerja.
Katanya, suspek berjaya di tahan di rumahnya di Kampung Perigi Nenas, kira-kira 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, suspek lelaki tempatan berusia 25 tahun itu baru sebulan bekerja di kilang terbabit.
“Ketika berlaku perselisihan faham, suspek mengajak mangsa untuk bergaduh dan secara tiba-tiba mengeluarkan parang dari pinggangnya seterusnya melibas ke arah suspek.
“Mangsa kemudian bertindak menahan libasan itu dengan menggunakan tangan kanan dan mengalami kecederaan,” katanya, menurut laporan Harian Metro.
Shamsul berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.