Sarawak tak laksana ‘total lockdown’, kekal PKP, kata menteri

Sarawak tak laksana ‘total lockdown’, kekal PKP, kata menteri

Tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat petang Jumaat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata negeri itu akan kekal melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini.
KUCHING:
Sarawak memutuskan untuk tidak melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ kepada sektor ekonomi dan sosial seperti diputuskan kerajaan Persekutuan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebaliknya negeri itu akan kekal melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 11 Jun.

“Kita berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi,” katanya semalam, menurut laporan Astro Awani.

Jelas beliau, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Semalam, Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Malaysia pada Jumaat mencatat 8,290 kes positif baharu Covid-19 yang mana daripada jumlah itu sebanyak 698 kes direkodkan di Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.