https://youtu.be/9OLQVkF2p88
Ahli Parlimen Muar itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membantu siasatan, berhubung catatannya di Twitter.
“Tujuan saya dipanggil memberi keterangan hari ini adalah membantu siasatan berkenaan ‘ciapan’ saya mempersoal tindakan Tajuddin yang hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup.
“Ini kerana Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menegaskan tidak cukup hanya pakai pelindung, kena pakai pelitup sekali,” katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi tadi selepas memberikan keterangan.
Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abidin Abdullah, berkata siasatan berhubung SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan Tajuddin sudah dimulakan pada hari sama sidang media diadakan.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Ini kali kedua Syed Saddiq dipanggil polis dalam tempoh seminggu. Beliau berterima kasih layanan “sangat baik” polis kepadanya hari ini.
“Alhamdulillah, kali ini telefon bimbit saya tidak dirampas hari ini. Saya (masuk) ada telefon keluar pun ada telefon,” katanya.
Sebelum ini, polis merampas telefon bimbit Syed Saddiq ketika beliau hadir memberi keterangan di balai sama berhubung siasatan kes video yang dimuat naik beliau di media sosial berkenaan isu kematian peniaga susu lembu, A Ganapathy.