Pemilik tanah dikompaun RM50,000 majukan tanah tanpa kebenaran

Pemilik tanah dikompaun RM50,000 majukan tanah tanpa kebenaran

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berkata, pemilik tanah itu mengakui kerja tanah dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Shadan Othman (kiri) turut hadir ketika pemilik tanah (tiga dari kiri) dikompaun kerana menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran. (Gambar MPHTJ)
PETALING JAYA:
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada seorang pemilik tanah kerana memajukan tanah di Bukit Baru, Melaka tanpa kebenaran pada Selasa.

Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, hasil pemantauan pihaknya, pemilik tanah itu dipanggil dan mengakui kerja tanah dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu sejak seminggu lalu.

“Kita mengeluarkan kompaun RM50,000 mengikut Akta Jalan dan Parit Bangunan 1974,” katanya ketika dihubungi Berita Harian pada Rabu.

Beliau berkata, kompaun itu dikeluarkan sebagai tindakan awal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sebelum sebarang kerja tanah dimulakan, katanya, kebenaran perlu diperolehi daripada MPHTJ, tidak kira untuk meratakan atau mengubah struktur tanah.

“Jika lokasinya di cerun, ia boleh menyebabkan tanah runtuh, sekiranya kerja memajukan tanah itu tidak dilakukan dengan betul.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.