Boeing 737 Israel untuk demo produk komersial

Boeing 737 Israel untuk demo produk komersial

Pesawat ‘perisik’ Israel yang mendarat di pangkalan tentera Singapura adalah Boeing 737 yang digunakan untuk demonstrasi produk komersial.

Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
PETALING JAYA:
Syarikat kejuruteraan berpusat di Singapura memaklumkan pesawat yang didakwa dilengkapi teknologi perisikan yang mendarat di pangkalan tentera Singapura pada Isnin lalu adalah Boeing 737 yang digunakan bagi ujian produk komersial.

Menurut jurucakap ST Engineering, demonstrasi untuk ST Engineering Aerospace oleh Israel Aerospace Industries (IAI) telah selesai dan pesawat berkenaan sedang membuat persiapan untuk berangkat dari Singapura.

“Pesawat ini beroperasi daripada kemudahan ST Engineering Aerospace di Paya Lebar dan demonstrasi itu dilakukan hanya di ruang udara dan perairan Singapura,” katanya dipetik daripada Bernama.

Terdahulu, sebuah portal berita Malaysia pada Selasa melaporkan yang sebuah pesawat perisik Israel mendarat di pangkalan tentera Singapura pada 24 Mei.

Memetik jurnal berita pertahanan, Defense Security Asia, portal itu mengatakan pesawat yang bernombor pendaftaran 4X-AOO adalah milik IAI-Elta, kontraktor pertahanan utama Tel Aviv yang mengkhusus dalam perisikan dan sistem elektronik untuk aplikasi keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.