
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah apabila prosiding bermula hari ini.
“Doktor (Najib) telah menasihatkannya untuk berehat. Bengkak di sekeliling mata telah berkurangan tetapi kemerahan masih ada.
“Najib telah berjumpa doktor dan doktor menasihatkannya untuk berehat sewajarnya. Beliau akan berjumpa dengan doktornya semula, esok,” katanya.
Hakim Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan hari ini sehingga Khamis.
Hakim juga mengarahkan pasukan pendakwaan dan pembelaan untuk memastikan hanya sebilangan kecil sahaja memasuki mahkamah semasa prosiding itu pada Khamis, sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan Covid-19.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.