Wanita asing ditemui maut di hotel

Wanita asing ditemui maut di hotel

Mayat wanita itu tergantung pada seluar yang diikat di besi dalam bilik air hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada pihak pengurusan hotel terbabit.
PETALING JAYA:
Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui tergantung di bilik air sebuah hotel di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada jam 4.36 pagi daripada pihak pengurusan hotel selepas dimaklumkan oleh rakan wanita terbabit.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi dan menemui mayat wanita berusia 32 tahun itu tergantung pada seluar yang diikat di besi dalam bilik air berkenaan.

“Semakan mendapati wanita itu datang ke Malaysia pada awal tahun ini dan menginap di hotel berkenaan.

“Pada hari kejadian dia bersama rakan sedang berbual sebelum dia tiba-tiba bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

“Rakan cuba membuka pintu tapi gagal lalu meminta bantuan pihak pengurusan hotel. Pihak pengurusan kemudian melaporkan kejadian kepada polis,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Zaiham berkata, siasatan awal oleh forensik di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.