
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, Divisyen Pertama Infantri menahan 17 lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 49 ditahan itu di Kandaie, Lundu, Sarawak, kira-kira 2km dari sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia pada petang Ahad.
“Pihak berkuasa juga berjaya menahan tiga warga tempatan yang disyaki tekong darat serta merampas sebuah motosikal dan sebuah lori 1 tan yang dipandu dua tekong darat bagi menyuludup 18 PATI itu.”
Katanya, hasil siasatan mendapati penunggang motosikal itu bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan lorong tikus itu selamat, sebelum lori yang membawa PATI melalui.
Menurutnya, tekong darat yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk tindakan lanjut.