Puspakom Padang Jawa tutup selepas kakitangan positif Covid-19

Puspakom Padang Jawa tutup selepas kakitangan positif Covid-19

Pembukaan semula Puspakom Padang Jawa akan dimaklumkan kelak.

Penutupan Puspakom Padang Jawa untuk proses pengesanan kontak rapat dalam kalangan semua kakitangan cawangan itu dan sanitasi serta pembersihan dilakukan secara menyeluruh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Puspakom cawangan Padang Jawa di Selangor ditutup serta-merta berikutan seorang kakitanganya disahkan positif Covid-19.

Puspakom dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu untuk proses pengesanan kontak rapat dalam kalangan semua kakitangan cawangan itu dan sanitasi serta pembersihan dilakukan secara menyeluruh.

“Pembukaan semula Puspakom Padang Jawa akan dimaklumkan kelak.”

Katanya, semua bayaran janji temu pemeriksaan akan dipulangkan secara automatik kepada pelanggan.

Pelanggan yang sudah membuat janji temu di Puspakom Padang Jawa boleh menjalani pemeriksaan secara “walk-in” dan membayar di cawangan lain dengan membawa slip pengesahan janji temu.

Bagi kenderaan persendirian, pelanggan boleh ke cawangan Glenmarie, Petaling Jaya atau Bangi, sementara kenderaan perdagangan dan e-hailing ke Puspakom Banting, Cheras atau Taman Bukit Maluri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.