45 minit bomba pujuk lelaki murung, cuba bunuh diri

45 minit bomba pujuk lelaki murung, cuba bunuh diri

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.22 malam tadi.

Selepas 45 minit, pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk seorang lelaki yang murung keluar dari rumahnya di Kampung Keda Sungai Buluh, Serdang, Kedah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang mengalami kemurungan, berkurung di bilik dan cuba membunuh diri berjaya diselamatkan pihak bomba selepas 45 minit anggota penyelamat memujuknya keluar dari rumah di Kampung Keda Sungai Buluh, Serdang di Kedah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.22 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang tiba di lokasi jam 9.37 malam yang diketuai pegawai operasi, Ismail Yatim,” kata beliau menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 40 tahun dalam keadaan kemurungan dan cuba membunuh diri namun anggota bomba berjaya memujuknya hampir 45 minit tanpa sebarang kecederaan.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohamadul berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.