
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 19 kluster baharu Covid-19, dengan tujuh daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima ialah kluster keagamaan, empat lagi membabitkan komuniti dan tiga berkaitan sektor pendidikan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak dan Perak.
- Kluster Jalan Petaling Industri (Johor Bahru) dengan tujuh kes
- Kluster Jalan Besi Satu (Johor Bahru) dengan 12 kes
- Kluster Utarid Sembilan Belas (Petaling) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Kampung Taib (Hulu Selangor) dengan 14 kes
- Kluster Bayan Lepas Innoplex (Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dengan 11 kes
- Kluster Dah Helang (Langkawi) dengan 30 kes
- Kluster Dah Arked (Baling) dengan 24 kes
- Kluster Jalan Bukit Mutiara (Johor Bahru) dengan tujuh kes
- Kluster Jalan Helang Siput (Kepong) dengan sembilan kes
- Kluster Kampung Kemuning (Alor Gajah) dengan 24 kes
- Kluster Jalan Batu Dua (Port Dickson) dengan 45 kes
- Kluster Banggol (Setiu) dengan 22 kes
- Kluster Jalan Sri Putri Empat (Kulai dan Pontian) dengan 20 kes
- Kluster Jalan Lima Belas (Cheras, Lembah Pantai, Hulu Langat dan Petaling) dengan 12 kes
- Kluster Gong Badak (Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut) dengan 36 kes
- Kluster Hulu Spaoh (Betong dan Samarahan) dengan 20 kes
- Kluster Jelang (Betong) dengan 22 kes
- Kluster Seri Sutra (Kinta) dengan 16 kes
- Kluster Jambu Bongkok (Marang dan Dungun) dengan 18 kes.
Beliau berkata, sebanyak 1,920 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 497 daripadanya kluster aktif dan 1,423 lagi sudah tamat.