Didakwa langgar SOP Aidilfitri, polis buka kertas siasatan terhadap bekas ADUN Jabi

Didakwa langgar SOP Aidilfitri, polis buka kertas siasatan terhadap bekas ADUN Jabi

Tular gambar di media sosial sejak Khamis lepas memaparkan beberapa tetamu menikmati juadah Aidilfitri di kediaman Setiausaha Umno Bahagian Setiu, Mohd Iskandar.

Ketua Polis Daerah Besut Abdul Rozak Muhammad berkata Mohd Iskandar tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada pukul 8.15 malam tadi dan siasatan masih berjalan.
BESUT:
Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar susulan dakwaan mengadakan majlis rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Abdul Rozak Muhammad berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Mohd Iskandar tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada pukul 8.15 malam tadi dan siasatan masih berjalan,” katanya.

Beberapa gambar tular di media sosial sejak Khamis lepas yang memaparkan beberapa tetamu termasuk kanak-kanak menikmati juadah Aidilfitri di kediaman Mohd Iskandar yang juga Setiausaha Umno Bahagian Setiu.

Sementara itu, Mohd Iskandar ketika dihubungi Bernama berkata beliau hadir memberi keterangan di IPD Besut dan setakat ini tiada sebarang kompaun ditawarkan kepadanya.

“Tiada penganjuran rumah terbuka… namun saya serahkan kepada pihak polis untuk teruskan siasatan dan membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.