Timbalan MB Kelantan lelong 4 keris koleksi peribadi untuk dana Palestin

Timbalan MB Kelantan lelong 4 keris koleksi peribadi untuk dana Palestin

Hasil lelongan itu akan didermakan sepenuhnya kepada #Aid4Palestine.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, menyasarkan minimum RM20,000 diperolehi daripada penjualan empat bilah keris koleksi peribadinya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kekejaman rejim Zionis, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah sanggup melelong empat bilah keris koleksi peribadinya.

“Saya berhasrat melepaskan beberapa koleksi saya untuk tujuan amal dana Palestin,” tulisnya Facebook hari ini.

“Antaranya sebilah Keris Melela Lok 5 hasil tukang Kelantan (Arwah Stopa), bertatah perak, lok cun, hulu pipit teleng, serta gelang dan kasut putih.”

Amar menyasarkan sekurang-kurangnya RM20,000 diperolehi daripada penjualan empat bilah keris itu, yang semuanya akan didermakan kepada #Aid4Palestine.

“Tunggu pengumuman selanjutnya selepas ini…Bermula dengan koleksi keluarga dan semua koleksi keris ini ada yang lama dan baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.