Perak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi 1.32

Perak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi 1.32

Perak melaporkan nilai Rt tertinggi dengan 1.32 manakala Terengganu kedua tertinggi, iaitu 1.29.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14.
KUALA LUMPUR:
Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, di Twitter memaklumkan Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94), dan Sabah (0.89).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.