MB, EXCO Terengganu sumbang sebulan gaji kepada tabung Palestin

MB, EXCO Terengganu sumbang sebulan gaji kepada tabung Palestin

Wakil rakyat kerajaan menyumbang RM3,000 seorang, manakala GLC menyumbang dana dengan bantuan terkumpul setakat ini sebanyak RM100,000 kepada Tabung #Aid4Palestine.

EXCO Terengganu, Mohd Nor Hamzah menyeru rakyat Terengganu terus menyumbang kepada Tabung #Aid4Palestine sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Prihatin dengan nasib rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis Israel, Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar dan semua 10 EXCO Terengganu bersetuju memotong sebulan gaji untuk disalurkan kepada Tabung #Aid4Palestine.

“Wakil rakyat penyokong kerajaan pula menyumbang RM3,000 seorang, manakala syarikat berkaitan kerajaan milik kerajaan negeri menyumbang dana dengan bantuan terkumpul setakat ini sebanyak RM100,000,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut menyeru rakyat Terengganu terus menyumbang kepada tabung itu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Sekretariat #Aid4Palestine ditubuhkan hasil kerjasama lebih 40 NGP untuk mengambil tindakan proaktif dan segera dalam membantu perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Sekretariat itu turut berperanan menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dengan sasaran kutipan RM1 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.