8 kluster Covid-19, 5 babit tempat kerja

8 kluster Covid-19, 5 babit tempat kerja

Dua lagi kluster komuniti dan keagamaan.

Terdapat 457 kluster aktif di seluruh negara ketika ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baharu Covid-19, dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja, dua berkaitan komuniti dan satu kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka.

  • Kluster Jalan Keretapi Lama (Kuala Selangor) dengan 24 kes
  • Kluster Lima Jalan Kebun (Klang dan Kuala Langat) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Tropika Industri (Johor Bahru) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Suasa Industri (Johor Bahru) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Chain Ferry (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Lilin (Miri dan Lawas) dengan 22 kes
  • Kluster Kongsi Lapan (Tawau) dengan 11 kes
  • Kluster Tanjung Rimau (Alor Gajah) dengan 14 kes.

Beliau berkata, sebanyak 1,848 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 457 daripadanya kluster aktif dan 1,391 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.