
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 13 kluster baharu Covid-19, dengan empat daripadanya membabitkan aktiviti keagamaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masing-masing tiga lagi kluster tempat kerja dan sektor pendidikan, dua berkaitan komuniti dan satu membabitkan kumpulan berisiko tinggi.
Katanya, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak.
- Kluster Jalan Haji Abdul Aziz (Klang) dengan tujuh kes
- Kluster Pauh Lima (Bachok dan Kota Bharu) dengan 30 kes
- Kluster Jalan Dato Setia (Johor Bahru) dengan 17 kes
- Kluster Dah Penghulu (Kuala Muda) dengan 27 kes
- Kluster Jalan Utarid Lima (Petaling) dengan 64 kes
- Kluster Jalan Sepuluh Industri Miel (Hulu Langat, Petaling dan Gombak) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Serkam (Jasin, Melaka Tengah dan Tangkak) dengan 20 kes
- Kluster Kota Warisan (Sepang) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Lingkaran Ilmu (Kulai) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Mempelam (Kuala Langat) dengan 31 kes
- Kluster Bako Hilir (Kuching) dengan 18 kes
- Kluster Banggol Gajah Mati (Pasir Mas) dengan 28 kes
- Kluster Dah Amanjaya 2 (Kuala Muda, Sik, Yan dan Kota Setar) dengan 28 kes.
Beliau berkata, sebanyak 1,820 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 454 daripadanya kluster aktif dan 1,366 lagi sudah tamat.
