
Hakim Akhtar Tahir membacakan keputusannya menerusi perbicaraan secara Zoom. Dia sebelum ini mendengar hujah peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili Zaid, dan Tommy Thomas, yang mewakili firma guaman Zaid Ibrahim & Co (ZICO).
Mahkamah turut mengarahkan Zaid membayar kos RM3,000.
Disember lalu, bekas menteri itu memfailkan permohonan terhadap bekas rakan kongsinya – Chew Seng Kok dan Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani – dan ZICO Holdings Inc yang berpusat di Singapura untuk mendedahkan dokumen yang dimiliki bagi membolehkannya merumus tindakannya mengikut kontrak, tort atau pecah amanah.
Dia berkata ketika meninggalkan ZICO pada 2008 untuk menerima jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang, dia tidak membawa sebarang dokumen bersama.
Zaid turut mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap Chew dan Nik Norzrul untuk menghentikan mereka daripada terus menggunakan nama ZICO dalam amalan guaman.
BERITA LANJUT MENYUSUL