Lelaki Myanmar mati dipercayai dibunuh, polis tahan 13 warga asing

Lelaki Myanmar mati dipercayai dibunuh, polis tahan 13 warga asing

Polis menahan 13 lelaki warga asing kira-kira tiga jam selepas mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemukan dengan kesan tikaman.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata lelaki Myanmar berusia lingkungan 30-an itu ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan.
JOHOR BAHRU:
Polis menahan 13 lelaki warga asing kira-kira tiga jam selepas mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemukan dengan kesan tikaman di badannya di Jalan Senai Jaya 2, Taman Senai Jaya, Senai, dekat Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata lelaki Myanmar berusia lingkungan 30-an itu ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan oleh seorang lelaki warga Nepal atas jalan raya tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, kira-kira 5.40 pagi.

“Pemeriksaan awal pada tubuh badan si mati mendapati terdapat kesan kecederaan akibat ditikam di bahagian belakang leher, bahu kanan dan kiri, dada kanan serta perut. Sebilah pisau pemotong sayur ditemukan di sisi mayat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kira-kira tiga jam kemudian polis menahan tiga warga Myanmar dan 10 warga India berumur antara 22 dan 50 tahun, serta merampas beberapa baju mereka bagi membantu siasatan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat pergaduhan melibatkan si mati dan beberapa individu yang mabuk ketika itu.

“Semua mereka direman hingga 14 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.