
Katanya, ini susulan keputusan untuk membenarkan semua stesen pengangkutan awam dan terminal yang disenaraikan sebagai berpotensi menjadi “hotspot” bawah HIDE kekal dibuka, walaupun premis perniagaan diarahkan tutup.
“Tiada sebab kedai yang tidak mempunyai Covid-19 perlu ditutup, semata-mata kerana ada kes dikesan di kedai berhampiran.
“Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah Malaysia apabila mengarahkan semua lokasi disenaraikan dalam HIDE ditutup serta-merta untuk tiga hari,” katanya dalam kenyataan.
Bekas menteri kewangan itu menyifatkan kerajaan tidak bertanggungjawab apabila mengeluarkan arahan itu pada saat akhir, tanpa memikirkan kerugian teruk yang pasti dialami perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pusat membeli-belah terkemuka seperti 1 Utama Shopping Centre, Mid Valley Megamall dan pasar raya patuh dengan arahan terbaru itu, seterusnya menutup premis sehingga Selasa.
Selain pusat membeli-belah, terminal pengangkutan yang sibuk, kedai runcit, pasar dan bazar Ramadan juga antara 152 premis disenaraikan HIDE.
“Perikatan Nasional terus tidak mengakui ketakcekapannya menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Pasifik dari segi kes harian Covid-19 per kapita.
“Negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak yang sebelum ini zon hijau kini menjadi ‘hotspot’ jangkitan baharu.”