Guna MySejahtera, HIDE kaji semula sekatan ke atas aktiviti sukan, restoran, pawagam, kata Ahli Parlimen

Guna MySejahtera, HIDE kaji semula sekatan ke atas aktiviti sukan, restoran, pawagam, kata Ahli Parlimen

Ong Kian Ming berkata, pihak berkuasa mesti melihat sama ada aktiviti yang dilarang itu benar-benar menyebabkan peningkatan jangkitan wabak.

Seorang Ahli Parlimen berkata, Kementerian Kesihatan perlu menggunakan data MySejahtera untuk memeriksa sama ada makan di restoran dan aktiviti lain mencetuskan kluster Covid-19.
PETALING JAYA:
Kerajaan perlu menggunakan analisis data menyeluruh untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diperketat berkait aktiviti luar, tempat makan dan pawagam di bawah perintah kawapan pergerakan (PKP) baharu, kata seorang Ahli Parlimen.

Di bawah peratutan baharu. Semua kegiatan sukan dan rekreasi di premis komersial atau kemudahan lain serta tempat awam dan terbuka digantung, sementara pawagam diarah tutup dan tempat makan hanya dihadkan untuk bungkus dan penghantaran.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata, kerajaan kelihatan tidak berpegang pada jaminan awal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa hanya sekatan bersasaran akan dilaksanakan.

“Saya menggesa pihak berkuasa menggunakan data MySejahtera lepas (dengan andaian ia disimpan baik dan tidak dipadamkan) untuk mengenal pasti bilangan kluster yang disebabkan oleh aktiviti berjoging dan bersenam di luar dan di gim atau menonton filem di pawagam.

Ong Kian Ming.

“Jika bilangan kluster tidak besar, maka Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus menark balik sekatan itu serta-merta dan membenarkan semula aktiviti berjoging atau bersenam di gim da pawagam dibuka semula dengan syarat ia mematuhi SOP ketat sedia ada.”

Analisis sama hendaklah dibuat ke atas restoran dengan menggunakan sistem pengesanan Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) yang baharu dibangunkan.

“Jika sesetengah restoran atau kedai menjadi punca kluster Covid-19 sebelum ini, maka ia perlu diperiksa dan ditutup sementara jika SOP ketat tidak diikuti.

“Penggunaan pendekatan umum begitu tidak masuk akal kerana data Mysejahtera boleh digunakan oleh pihak berkuasa sementara sistem pengesanan titik panas juga telah dibangunkan oleh pihak berkuasa negara ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.