
Kesatuan Guru Sarawak (STU) berkata, nisbah tersebut menyebabkan kekurangan 3,000 guru di Sarawak, yang memberi kesan buruk kepada sekolah luar bandar.
Mereka berkata, salah satu punca sekolah di Sarawak tidak setanding sekolah di negeri lain adalah kekurangan tenaga pendidik.
“Apabila ini berlaku, guru terpaksa mengajar subjek yang bukan kepakaran mereka, dan diharap membuahkan hasil yang cemerlang,” kata STU dalam kenyataan.
“Guru-guru telah memikul beban tambahan ini bertahun lamanya, namun mereka dipersalahkan kerana tidak berusaha secukupnya bagi pelajar mereka.”
STU berkata, jabatan pendidikan negeri tidak banyak membantu, kerana ia hanya dapat membantu dalam penempatan guru, jika bilangan guru mencukupi.
Kesatuan itu turut menggesa Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Michael Manyin Jawong dan pasukannya agar berbincang dengan Kementerian Pendidikan persekutuan supaya lebih ramai guru dari Semenanjung dibenarkan mengajar di Sarawak.
“Jika kita perlu guru daripada Malaysia Barat (Semenanjung), kita patut benarkannya, dan terima bantuan mereka.
“Ini bukan bermaksud kita tidak cukup patriotik (dengan Sarawak),” katanya, sambil menambah, ia bersedia untuk membantu kerajaan negeri dan jabatan pendidikan untuk menyelesaikan isu ini.