Terjatuh dari tebing sungai belakang rumah, wanita OKU ditemui lemas

Terjatuh dari tebing sungai belakang rumah, wanita OKU ditemui lemas

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Beh Su Mei, 34, itu ditemui lemas pada pukul 9 malam semasa operasi mencari dan menyelamat.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 7 malam tadi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. (Gambar Facebook)
IPOH:
Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemui lemas selepas terjatuh dari tebing sungai di halaman belakang rumahnya di Kampung Tepi Sungai, Kuala Sepetang dekat Taiping, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping Rafeel Hairul Richard berkata mangsa dikenal pasti sebagai Beh Su Mei, 34, dan ditemui lemas pada pukul 9 malam semasa operasi mencari di lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Katanya pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 7 malam tadi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan operasi mencari dan menyelamat secara ‘surface searching’ merangkumi 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Semasa kejadian, mangsa dipercayai berada di belakang rumahnya yang berhampiran dengan sungai berkenaan,” katanya.

Rafeel berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.