
Terdahulu, media melaporkan 800 pelajar tempatan dan asing di sebuah universiti swasta kebuntuan, selepas akreditasi kursusnya dibatalkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kerana gagal mengekalkan kualiti dan standard tertentu yang ditetapkan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, Universiti Limkokwing berkata, ia diminta meminda dan menghantar semua lapan program susulan audit MQA baru-baru ini.
“Universiti diberikan 30 hari untuk meminda dan menghantar semula lapan program kami, yang kami sudah selesaikan.”
Universiti itu berkata, akreditasi lapan program, yang dikatakan sudah dibatalkan, akan dilaksanakan semula.
Terdahulu, dalam sidang media anjuran pemimpin DAP, bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching berkata, MQA secara amnya akan menolak atau membatalkan akreditasi sesuatu kursus, jika ia tidak dijalankan mengikut sukatan pelajaran atau kakitangan akademik tidak berkelayakan.
Beliau turut meminta universiti terbabit melakukan pembaikan dan menambah baik standardnya.