shopMYairports rapat silaturrahim, kongsi semangat Raya

shopMYairports rapat silaturrahim, kongsi semangat Raya

Kempen bertujuan menyemarakkan semangat Hari Raya untuk pembeli dan mereka yang memerlukan.

Sumbangan hamper diserahkan kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah bawah inisiatif ‘Box of Joy’.
PETALING JAYA:
Malaysia Airports membawa kegembiraan kepada pembeli dan rumah-rumah kebajikan sempena Hari Raya ini dengan pelancaran kempen beli-belah di platform e-dagangnya, shopMYairports.

Bermula sekarang hingga 25 Mei, pembeli boleh menikmati tawaran dan diskaun bagi lebih 300 jenama, termasuk produk bebas cukai dan eksklusif seperti wangian, barangan elektronik, makanan malah aksesori fesyen.

Sebagai bonus, mereka yang membeli dan membuat persiapan Hari Raya melalui shopMYairports akan menerima hadiah baucar beli-belah sehingga RM500 jika membelanjakan minimum RM250 dalam satu transaksi.

Ini sudah semestinya cara mudah selain dapat menunjukkan keprihatinan dengan menghadiahkan sesuatu untuk orang tersayang di mana saja di seluruh negara pada musim perayaan ini, malah merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Pemenang baucar mingguan shopMYairports akan diumumkan di akaun Instagram @shopMYairports.

Sementara itu, dari sekarang hingga 25 Mei, pembeli boleh mengongsikan keceriaan bersama golongan yang memerlukan menerusi inisiatif “Box of Joy” yang ditawarkan di platform itu.

Inisiatif itu merangkumi hamper daripada jenama bebas cukai lapangan terbang, Eraman dan Delicacies of Malaysia. Pembeli juga boleh membuat pembelian, derma dan penghantaran percuma ke rumah kebajikan terpilih di seluruh Malaysia.

Rumah kebajikan terbabit termasuk Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Pertubuhan Perkhidmatan Sosial Dan Pembangunan Komuniti Daerah Gombak, Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf, Pusat Jagaan Kompleks Kebajikan Laila Taib serta Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah.

Inisiatif “Box of Joy” bertujuan mengongsikan semangat Hari Raya bersama mereka yang kurang bernasib baik, sejajar dengan budaya “Happy Guests, Caring Hosts” diamalkan di Malaysia Airports.

Platform dalam talian shopMYairports adalah sebahagian daripada inisiatif Airports 4.0 MAHB, yang menyasarkan penggunaan teknologi untuk benar-benar menikmati pengalaman seolah-olah berada di lapangan terbang.

Walaupun penerbangan masih terhad, shopMYairports memberi peluang untuk pembeli di rumah dan golongan bukan pengembara membeli barangan bebas cukai serta produk eksklusif tanpa perlu meninggalkan keselesaan kediaman mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.