9 kluster baharu Covid-19, 6 babit tempat kerja dan komuniti

9 kluster baharu Covid-19, 6 babit tempat kerja dan komuniti

Dua lagi berkaitan sektor pendidikan dan satu kluster pusat tahanan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan sembilan kluster baharu Covid-19, dengan masing-masing tiga membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Dua lagi berkaitan sektor pendidikan dan satu kluster pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Pahang, Melaka, Kedah, Selangor, Johor, Terengganu dan Perak.

  • Kluster Lorong Galing (Kuantan) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Dahlia Lima (Melaka Tengah) dengan 11 kes
  • Kluster Bunga Raya (Kuala Muda dan Kulim) dengan 10 kes
  • Kluster Industri Mahkota 2 (Kuala Langat) dengan 121 kes
  • Kluster Jalan Jati Industri (Kota Tinggi dan Johor Bahru) dengan 26 kes
  • Kluster Tok Has (Besut dan Setiu) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Bandar (Johor Bahru ) dengan 18 kes
  • Kluster Indera Mahkota Dua (Kuantan) dengan 16 kes
  • Kluster Jalan Meru Utama (Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama) dengan 40 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,689 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 398 kluster aktif dan 74 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, tujuh kluster yang tamat hari ini ialah Kalindukan, Merinding, Tanjung Genting, Bunga Tanjung Bendahara, DTI Jalan Duta, Jalan Dahlia 22 dan Taman Komersial, menjadikan 1,291 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Jalan Padang Tembak (85 kes), Sebatu (47 kes) dan Kampung Batu Sembilan (37 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.