14 kluster Covid-19,12 babit tempat kerja, komuniti dan sektor pendidikan

14 kluster Covid-19,12 babit tempat kerja, komuniti dan sektor pendidikan

Baki dua lagi ialah kluster keagamaan.

Terdapat 395 kluster aktif dengan 80 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 14 kluster baharu Covid-19, dengan masing-masing empat kluster membabitkan sektor pendidikan, tempat kerja dan komuniti.

Baki dua lagi ialah kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masing-masing tiga kluster dikesan di Sarawak dan Melaka, Sabah (dua), Johor (dua), Selangor (dua), Perak (satu) serta Terengganu (satu).

  • Kluster Sungai Nirai (Selangau) dengan 41 kes
  • Kluster Umas (Kalabakan) dengan 34 kes
  • Kluster Seri Jati (Melaka Tengah dan Alor Gajah) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Sepat (Larut, Matang dan Selama) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Garuda (Johor Bahru dan Kulai) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Sungai Sembilang (Kuala Selangor) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Kilang Dua (Lahad Datu) dengan 11 kes
  • Kluster Durin (Bau) dengan lapan kes
  • Kluster Sebatu (Jasin) dengan 27 kes
  • Kluster Air Budi (Alor Gajah) dengan 15 kes
  • Kluster Lestari Perdana Tujuh (Petaling dan Hulu Langat) dengan 86 kes
  • Kluster Saujana (Setiu dan Besut) dengan 25 kes
  • Kluster Persiaran Sinaran Ilmu (Johor Bahru) dengan lapan kes.
  • Kluster Long Jegan (Miri dan Beluru) dengan 57 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,669 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 395 kluster aktif dan 80 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, sembilan kluster yang tamat hari ini ialah Jalan Sulaiman, Jalan Tanjung Kidurong, Rajang, Sinsingon, Jalan Merpati, Jalan Tanjung, Beringin, Jalan Bandar Sembilan dan Jalan SC Satu, menjadikan 1,274 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Pagar Sri Lalang (78 kes), Jalan Kempas Satu (62 kes) dan Long Jegan (51 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.