
Menteri Sumber Manusia berkata, ini akan memastikan semua pekerja dibayar sebelum 7 hari bulan setiap bulan, selaras dengan Akta Pekerjaan 1955.
Katanya, ini juga akan menghalang majikan daripada memanipulasi gaji pekerja, seterusnya memastikan ketelusan.
“Imej dan kredibiliti negara akan terpelihara, terutama apabila melibatkan pengambilan pekerja asing.
“Pelaksanaan sistem ini juga secara tidak langsung akan memastikan hak dan kebajikan pekerja dilindungi,” katanya dalam kenyataan.
Saravanan berkata, buat masa ini belum ada mekanisme seperti itu di pasaran kerja Malaysia.
Katanya, Jabatan Tenaga Kerja akan menyiasat kematian pekerja asing terbabit, dan menambah tindakan sewajarnya akan diambil terhadap majikan terlibat sekiranya dakwaan itu benar.
“Perkara seperti ini tidak patut berlaku dalam pasaran tenaga kerja, terutama apabila negara berdepan krisis ekonomi dan kesihatan akibat pandemik Covid-19.”
Baru-baru ini, seorang pekerja asing berusia 30 tahun dilaporkan membunuh diri selepas syarikat di mana dia bekerja tidak membayar gaji sejak lima bulan lalu.